Pages

Sunday, 13 November 2011

Apakah elemen-elemen multimedia?



Terdapat 5 elemen dalam system multimedia yang lengakap iaitu:

Teks, grafik, audio, video, animasi
Teks- sebagai satu cara manusia berkomunikasi untuk berkongsi maklumat, pengetahuan dan juga perasaan secara bertulis dalam perkataan dan simbol abjad;

 Ciri-ciri teks:
1.       jenis, gaya, saiz, dan fon
2.       ringkas dan padat;
3.       boleh dibaca
4.       warna

Teks merupakan elemen asas bagi menyampaikan maklumat. Memberi penekanan bagi sesuatu isi kandungan yang ingin disampaikan.  Mempunyai pelbagai jenis dan bentuk tulisan yang berupaya memberi daya tarikan dalam penyampaian maklumat.

Grafik – Grafik/Imej merupakan perwakilan spatial bagi satu objek sama ada dalam bentuk  dua dimensi atau tiga dimensi
·         Jenis: 2D, 3D
·         Perwakilan bit-map dan vektor
·         Ciri-ciri grafik/imej: resolusi: piksel*piksel; 
·          warna: bit/piksel; saiz
·         Format Piawai: bmp, tiff, pict, tga, eps, gif, wmf, jpeg
merupakan elemen paling penting.  Memberi penekanan secara visual terhadap sesuatu persembahan maklumat. Membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan. Menjadikan persembahan atau penyampaian maklumat lebih menarik.

Audio – Asas Bunyi: pada asasnya adalah getaran dalam bentuk gelombang pada ruang udara dan boleh cerap oleh alat pendengar.
Kadar Pensampelan : kadar kekerapan gelombang diukur per saat. Unit ukuran di dlm Hz. Contoh : Piawai kadar pensampelan CD : 44100 Hz. (dB, bit/sampel, mono, dan stereo), 
membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan melalui penggunaan suara latar atau kesan audio istimewa. Membantu meningkatkan daya tarikan terhadap sesuatu persembahan. Berupaya meningkatkan daya tumpuan terhadap sesuatu isi persembahan.


Video- Video boleh ditakrifkan sebagai satu siri kerangka yang mengandungi imej dan audio dan dipersembahkan dengan pantas sehingga memberi kesan kelihatan seperti selanjar.
·         Ukuran kerangka per saat: 24, 30, 60, … kerangka/saat.
·         Format piawai video analog (NTSC, PAL, SECAM)
·         Format piawai video digital (avi, mpeg, mov)
·         Pendigit analog kepada digital: kad, dan perisian
menyediakan kaedah penyaluran maklumat yang amat menarik dan hidup. Merupakan elemen atau media yang paling dinamik serta efektif dalam menyampaikan sesuatu maklumat. Sebagai satu sumber penyimpanan maklumat dan sumber rujukan yang berkesan.

Animasi –  Animasi bermaksud pergerakan dan perubahan yang berlaku dalam imej grafik.
 Jenis perubahan: pergerakan, warna, bentuk, struktur, cahaya, sudut pandangan, dan fokus.
 berperanan menceriakan persembahan sesuatu maklumat. Membantu menerangkan satu konsep yang kompleks dangan lebih mudah dan berupaya menarik perhatian pengguna kepada sesuatu persembahan.



No comments:

Post a Comment