Pages

Sunday, 13 November 2011

Multimedia


Multi bermaksud banyak atau beberapa.
Medium/media  adalah bahan perantaraan bagi penghantaran sesuatu benda; satu cara komunikasi massa seperti akhbar, majalah, dan tv. Cara penyebaran dan persembahan maklumat: teks, grafik, audio, dan video.
Multimedia merupakan kesepaduan di antara pelbagai media seperti teks, grafik, imej, animasi, video, interaksi dan audio dalam satu persekitaran digital, disamping mempunyai keupayaan interaktiviti bagi membolehkan pengguna mencapai maklumat keperluannya tanpa mengikut urutan.
Kepentingan: maklumat dalam pelbagai media dapat diperolehi, proses, simpan, dan sebar dalam sistem yang mempunyai kebolehan interaktif. Menambah penggunaan pelbagai sensori manusia dan menjadi antara muka manusia mesin lebih tabii dan mesra. Impaknya dapat dilihat menerusi penggunaan elemen-elemen tersebut dalam merealisasikan sesuatu penerbitan multimedia seperti dalam satu taklimat atau penyampaian sesuatu bahan dan maklumat yang berpaksikan komputer. Kupayaan multimedia telah dapat ditingkatkan dengan unsur-unsur berteknologi tinggi serta system komunikasi yang canggih.

No comments:

Post a Comment