Ciri-ciri hiperteks dan hipermedia
adalah penting dimiliki oleh sesebuah system multimedia yang berkualiti dan interaktif.Ciri-ciri ini membolehkan maklumat tektual dan berimej dipautkan (linked) dengan cara tidak mengikut urutan (non-sequential)
Hiperteks
Adalah sistem yang menghubungkan perkataan atau ungkapan antara satu sama lain untuk membolehkan navigasi maklumat dalam bentuk teks dapat dilakukan secara bebas atau tanpa mengikut urutan tertentu.
Perlaksanaan sistem ini lebih cepat dan tepat berbanding penggunaan peralatan capaian piawai atau kaedah-kaedah capaian maklumat yang lain.
Hiperteks melibatkan teks secara tidak berurutan atau tanpa jujukan dalam proses pencarian maklumat. Sistem ini diaplikasikan dengan pelbagai cara bagi membezakannya dengan teks biasa yang ada dalam maklumat yang dipaparkan pada skrin paparan, contohnya penggunaan warna, jenis teks atau cara teks dipaparkan (teks bergaris, condong atau sebagainya) berbeza daripada teks biasa.
Hipermedia adalah sistem yang mengandungi teks, imej atau grafik, audio dan video yang boleh dihubungkan antara satu sama lain bagi membolehkan pengguna melaksanakan navigasi, carian dan capaian maklumat dalam bentuk bukan teks dengan bebas bagi memenuhi keperluan dan cita rasa mereka.
No comments:
Post a Comment